Halaman

12 Januari 2014

عورة (:

assalammualaikum..

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan 

pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka 

menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan 

hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah 

menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah 

mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak 

suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau anak-anak

saudara laki-laki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau 

wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-

pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau 

anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka 

menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. 

Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah.(Qur'an Surah An-Nuur:31)

Wallahu'alam.

Wanita yang sedang belajar~

4 Disember 2013

indahnya Islam

Assalammualaikum.

Sejak sejak ni selalu sangat termenung dan berfikir. Bila aku nak berubah? ya, aku nak 

berubah. Berubah jadi orang yang lebih baik dari aku yang sebelum ni. sentiasa mentaati 

Allah, Rasul. menghormati kedua ibubapa,sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang 

datang dan berusaha dalam mencari keredhaanNYA. korang tahu tak bertapa tenangnya 

menjadi orang yang hidup dalam syariat Islam. Allah je tahu hati orang yang melabuhkan

cinta kepadaNYA. MasyaAllah. aku ingat satu ayat ni " bila Allah sayangkan seseorang, Allah 

akan datangkan rasa bersalah dalam dirinya terhadap dosa lampaunya. itu lah yang ada 

dalam diri aku sekarang. sayangnya Allah dekat aku kerana beri peluang untuk aku sentiasa 

memohon keampunanNYA. insyaAllah. 

23 November 2011

Renung-renungkan .

Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. 
Namun berapa orang yang menilai dan mengambil berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook masing-masing?

Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’.

 Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu:
 1。 Halal
 2。Haram
 3。Wajib
 4。 sunat
 5。 Makruh
 6。 Harus

Hukum menggunakan FB adalah ‘harus’. Namun apa yang kita kongsikan dalam FB itulah yang akan menentukan samada ia halal atau haram, memberikan kita saham dosa atau pahala.
 Antara dosa yang sering dilakukan tanpa sedar adalah :
 1。 Meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat.
 2。 Menyebarkan gambar orang lain yang tak tutup aurat.
3。 Menyebarkan fitnah dan umpatan.
 4。 Berbual mesra (chatting) antara lelaki dengan perempuan dengan kata-II yang boleh menaikkan syahwat.
 5。 Mengorat anak gadis (dengan cara yang salah) dan isteri orang.
6。 Membuka aib diri, keluarga dan orang-orang yang dikenali.
 7。 Menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.
 8。 Menyakitkan hati orang lain.

 Renungkan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di atas dan semak balik cara kita menggunakan FB selama ini. Adakah FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kepada kita? Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yang melihat dan membaca FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yang diterima dari setiap orang yang menjengok FB kita? Mereka bukan setakat menjengok segala post dan gambar kita tetapi mungkin akan tag dan share gambar dan semua post yang kita tulis kepada rakan-rakan mereka. Tindakan Yang Harus Diambil Sekarang! Buang semua gambar yang tidak menutup aurat, tabbaruj dan gambar-gambar yang tidak sopan. Buang gambar-gambar orang lain seperti artis, wanita cantik dan mana-mana gambar yang tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah dan seumpamanya. Buang semua status yang berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran dan mungkin punyai kata-kata yang menyakitkan hati orang atau sindiran kepada orang lain. Mohon maaf di atas semua kesalahan yang dilakukan. Seandainya FB kita membawa saham dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terus berjalan selagi orang melihat dan berkongsi apa jua yang kita letakkan dalam FB itu. Sebaliknya jika saham pahala yang kita perolehi, bersyukurlah kepada Allah kerana saham itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatknnya. Subhanallah… Share Jika Anda Pengguna FaceBook !